Wednesday, April 30, 2008

Rendang Itik Tanjung India

Rendang Itik Tanjung Kling


Bahan-bahan:

1/2 cawan minyak masak

1 1/2 itik, dipotong dan cuci dengan garam dan asam jawa

3 hiris lengkuas

2 keping asam gelugur

4 cawan santan dari dua biji kelapa

4 camca besar kerisik

Garam secukup rasa

Bahan disangrai dan dikisar halus

10 tangkai cili kering

1 camca kecil ketumbar

1 camca kecil jintan manis

1 camca kecil lada hitam

Bahan A (dikisar)

5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

3 cm halia

2 batang serai

3 cm kunyit hidup

1 1/2 cm belacan Melaka

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan disangrai dan dikisar sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan itik, bahan A, lengkuas, asam gelugur, santan dan kerisik. Masak sehingga kuah pekat dan itik empuk.

3. Selepas itu masukkan garam secukupnya, daun limau dan daun kunyit. Kecilkan api dan masak lagi sehingga kuah hampir kering.
4. Kemudian angkat daripada api.

No comments: