Wednesday, April 30, 2008

Nasi Goreng Sambal

Nasi Goreng Sambal

Bahan-bahannya
4 pinggan nasi
2 biji kentang, dikupas kulitnya dan potong dadu
10 ekor udang, dikupas kulitnya dan potong kecil
1 cawan sayur campur
3 biji telur
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
1 biji bawang besar
6 batang lada merah
4 batang cili padi thailand
2cm belacan
segenggam ikan bilis, dicuci dan toskan

Cara-caranya

  1. Bawang besar, lada merah dan belacan dikisar halus. Kemudian masukkan ikan bilis dan kisar sedikit jangan terlalu halus ikan bilis nanti tak sedap.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, pecahkan telur dan goreng pecah-pecah. Angkat dan ketepikan.
  3. Goreng pula kentang yang telah dipotong dadu sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Goreng pula udang yang telah dipotong kecil. Jangan terlalu lama nanti udang liat tak sedap. Angkat dan ketepikan.
  5. Tumis pula rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
  6. Masukkann sayur campur, gaul sebati. Masukkan pula telur, udang, kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan nasi dan gaul semuanya sehingga sebati. Angkat, taburkan bawang goreng dan hidangkan.

No comments: