Wednesday, April 30, 2008

Ketupat Sotong

Ketupat Sotong

Ketupat sotong

Bahan-Bahan

5 ekor sotong bersaiz sedang (dibersihkan dan dibuang kulitnya)
1 1/2 cawan beras pulut
3 ulas bawang putih - dimayang
4 ulas bawang - dimayang
1 inci halia - dimayang
5 cawan santan dari sebiji kelapa
2 batang serai - dititik
sedikit garam
lidi untuk dicucuk ke sotong

Cara Memasak

1.masukkan beras pulut kedalam perut sotong sehingga hampir penuh.
2. matikan diatasnya dengan lidi
3. rebus kesemua sotong yang berintikan pulut tadi kedalam periuk yang berisi air.
4. setelah masak, angkat dan toskan
5. masukkan kesemua bahan-bahan yang dimayang, santan dan serai kedalam kuali.
6. masakkan sehingga hampir pekat dengan api yang perlahan.
7. masukkan garam dan sotong yang telah direbus tadi.
8. kacau sehingga bahan-bahan tadi sebati.

No comments: