Wednesday, April 30, 2008

Ketam Dondang Sayang

Ketam Dondang Sayang

Sumber: Jurumasak Masakan Melayu, Hotel Grand Continental Kuala Lumpur, Chef Harun Mat Yusop

Bahan-bahan:

1/2 cawan minyak masak

1 cawan santan (daripada sebiji kelapa)

2 batang serai, diketuk

2 keping asam gelugur

1 kg ketam, dibuang kulit dan dicuci bersih

Garam secukupnya

3 helai daun limau

1 helai daun kunyit


Bahan kisar:

5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

3 cm kunyit hidup

3 cm halia

10 tangkai cili kering, yang direbus

1 1/2 cm belacan Melaka


Cara membuat:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit bau.
2. Masukkan santan, serai, asam gelugur dan kacau rata.

3. Apabila kuah mula mendidih dan pekat, masukkan ketam dan garam secukupnya.
4. Kacau rata dan tutup periuk, kecilkan api. Biarkan 10 minit.

5. Setelah ketam masak, masukkan daun limau dan daun kunyit. Kacau rata. Hidangkan panas-panas.

No comments: