Wednesday, April 30, 2008

Daging Salai

Masak Lemak Daging Salai

Sumber: Chef Ismail, Restoran Rebung (Bangsar)

Bahan-bahannya

600 gram daging, disalai

150 gram cili padi

3 batang serai, diketuk

4 cm kunyit

6 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

500 gram santan

2 biji bacang atau mangga muda

garam dan serbuk perasa

5 biji cili hijau, dibelah dua

Cara-caranya

1. Daging salai dipotong nipis. Rebus daging bersama serai hingga empuk.

2. Cili padi, kunyit dan bawang dikisar halus. Masukkan didalam air daging, biar mendidih. Masukkan santan, garma dan serbuk perasa.

3. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.

4. Masukkan mangga yang dipotong nipis dan cili hijau.

5. Didihkan dengan api kecil. Biarkan kira-kira lima minit dan angkat.

No comments: