Wednesday, April 30, 2008

Daging Masak Arab

Daging Masak Arab

Bahan-bahan

1 kg daging lembu, dipotong nipis-nipis - saya cadangkan guna daging btg pinang

4 sudu besar minyak masak

6 biji bawang merah dihiris

6 ulas bawang putih dihiris

1 ltr santan

50 g tomato puri

Garam secukup rasa

Bahan-bahan digiling lumat

5 biji tomato

300 gm bawang merah

100 gm bijan - tadi saya tak masukkan bijan sebab tak suka bijan

1/2 sudu teh jintan putih

1/2 sudu teh jintan manis

1/2 sudu teh serbuk lasa sulah

1 cm halia

2 cm kunyit hidup

Cara Membuatnya

1. Perap daging bersama bahan giling di dalam mangkuk, sejam.

2. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga ia terbit bau.

3. Masukkan daging perap, goreng di atas api sederhana hingga kering airnya.

4. Tuang santan, biarkan ia mendidih perlahan-lahan sambil dikacau selalu hingga ia pekat dan daging empuk.

5. Kemudian masukkan tomato puri, biar hingga ia mendidih, lima minit sambil dikacau selalu. Masukkan garam secukup rasa.

No comments: