Wednesday, April 30, 2008

Daging Kebab

Kebab

Bahan-bahan:
2 cawan jus tomato
½ cawan mentega
¼ cawan bawang besar [di cincang halus]
1/3 cawan sos tomato
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih [di cincang]
1 sudu besar sos Worchestershire
1 sudu teh sos tobasco
2 pound daging lembu [dipotong dadu 1 inci]
½ pound cendawan butang segar [buang batangnya]
Tomato ceri secukupnya
1 biji bawang besar dibelah empat
1 biji capsicum hijau dipotong 1 inci persegi
Lidi sate secukupnya [sebaik-baiknya lidi sate direndam dengan air, jadi bila di barbeku lidi tidak mudah patah]

Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan kuali, campurkan jus tomato, mentega, bawang, sos tomato, garam, lada hitam, bawang putih, sos Worcestershire dan sos tobasco.
2. Biarkan ia reneh selama 30 minit.
3. Angkat dari atas api dan biarkan ia sejuk.
4. Cucuk daging, cendawan, tomato ceri, bawang dan lada capsicum ke lidi yang telah direndam air.
5. Bila hendak barbeku, sos yang dimasak tadi disapukan dan barbeku.

No comments: