Wednesday, April 30, 2008

Daging Cili Padi

Daging Cili Padi

Bahan-bahannya
500 g daging
10 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 cm halia
2 susu makan sos tiram
2 biji bawang besar ( dipotong bulat )
2 biji limau kasturi ( diperah ambil jusnya )
5 biji cili merah
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak
1. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga lembut dan ketepikan.
2. Masukkan halia, cili padi,halia, bawang merah dan bawang putih ke dalam pengisar dan kisarkan.
3. Panaskan minyak semula ( gunakan minyak goreng daging tadi ) dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
4. Tumiskan sehingga kekuningan kemudian masukan sos tiram, garam dan bawang besar.
5. Apabila baunya mulai naik, masukkan jus limau kasturi.
6. Masukkan daging dan gaul sehingga rata.
7. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat.

No comments: